Wednesday, March 20, 2024

Majlis Khatam Al Quran al-Karim

Majlis Khatam Al Quran al-Karim dan Ceramah Nuzul al-Quran
28 Mac 2024 bertempat di Pusat Islam.

 

Sempena Ramadhan kali ini pihak Pusat Islam telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran serta Ceramah Nuzul al-Quran. Majlis tersebut telah diadakan pada hari Khamis bertarikh 28 Mac 2024. Program tersebut telah dihadiri oleh Pn Timbalan Pengarah Akademik Polimas. Setiap Jabatan di politeknik telah menghantar wakil dalam program tersebut.

Setelah selesai majlis tersebut ianya diteruskan dengan Ceramah Nuzul al-Quran yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Muhamad Amar bin Mahmad yang merupakan pensyarah di Jabatan Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia. Program tersebut berakhir jam lebih kurang 10.00 pagi.







Tarikh